Jumaat, 9 Julai 2010

Mencari Cinta

Bertemu cinta teragung
Dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Perlu cintanya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Dibukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Aku sangka teguh kiranya masih rapuh
Ku sangka mudah namun amat payah
Ku sedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku berselimut cinta
Cinta AgungNya….

Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
Oh akhirnya aku temui
Kedamaian abadi…